Thursday, 17 September 2015

NIKMAT

nikmat yang kau kecapi,
nikmat yang mereka-mereka semua kecapi,

 itu bukan lah suatu nikmat.


bagaimana kau boleh melihat diri kau, orang itu, orang ini sedang menikmati nikmat?


#pause


kenapa aku berkata begini pada kau?
terkejut kenapa aku berkata begini?


mari kita ubah pandangan kau sekarang dengan pandangan kacamata dunia sebenar dengan beberapa contoh.

ada harta, ada masa muda, ada kelapangan, ada kuasa, ada pengaruh, ada kawan-kawan dan keluarga yang menyenangkan. adakah itu bahagia? ataupun nikmat? tidak, bahkan ia adalah suatu ujian yang berat diatas nama ujian itu sendiri. kau akan melihat ujian sebagai ujian dan kau akan melihat nikmat sebagai nikmat.


jika kau memandang semua nikmat ini dengan pandangan kaca mata iman, nikmat itu bukan lah nikmat. ia adalah "ujian rahsia" yang dikirim khas oleh Allah untuk kau dan mereka-mereka yang sedang merasai nikmat ini semua.


Allah ingin uji,


orang yang menyangka mereka sedang merasa nikmat ini,



  • Jika Allah berikan kelapangan, adakah kau akan mudah untuk bangkit solat?
  • Jika Allah berikan rupa yang menawan, cantik dan sebagainya, adakah kau akan gunakan untuk berdakwah atau merosakkan manusia lain?
  • Jika Allah kurniakan sifat yang berani dan fizikal yang gagah, adakah kau akan melindungi saudara-saudara mu atau kau menggunakan untuk menjatuhkan orang yang tidak mampu menandingi kau?
  • jika Allah kurniakan kesenangan untuk kau beramal dalam beragama, adakah kau gunakan untuk mengajak sahabat-sahabat kamu yang tersasar atau kau gunakan untuk diri kau dilihat sebagai seseorang beragama?
  • Jika Allah mudahkan kau untuk bangun subuh, adakah kau akan kejutkan sahabat-sahabat serumah kamu/ahli keluarga atau kau hanya bangun secara diam-diam dan solat dimasjid tanpa mengajak mereka?
  • Jika Allah beri kau kuasa/pangkat, adakah kau akan gunakan untuk memakmurkan bumi Allah seadilnya atau kau mengambil kesempatan ini untuk mengaut keuntungan atau meraih nama.
Ini lah dia. dugaan keimanan. dan ini adalah sekadar contoh, kau boleh aplikasikannya pada situasi-situasi yang lain.

"Suatu ketetapan dan kepastian merangkumi segala sesuatu yang disukai atau tidak disukai bagi menguji tahap keimanan."

- Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid