Sunday 22 December 2013

ISTIQAMAH

inilah cabaran bagi orang-orang yang memilih agama Allah sebagai maksud hidup. 

ya, bersyukur dengan umur, udara yang boleh dihirup dan dihembuskan dan segala rezeki yang telah diberikan Allah s.w.t. kepada kita. dalam masa yang sama, risau kalau esok diri ini akan terkeluar dari landasan dan terkandas. siapa boleh beri jaminan atas iman kita?

Diri ini tak kuat.

Hidup ini umpama orang yang sedang mengambil peperiksaan. Masa diberi hanya 2 jam setengah. sepanjang masa yang diberi, kita diuji dengan soalan-soalan yang mencabar. peringkat demi peringkat. jika jawab semua dengan betul, lulus lah kita, jika jawapan semua salah, gagal lah kita. markah berpandukan sejauh mana usaha kita belajar.

Cuba uji iman kita,

hari ini, cuba kita uji diri kita, matikan telefon bimbit. simpan semua barangan eletronik. atau apa sahaja tempat bergantung kita apabila kita bosan. cuba tinggalkan. satu hari sahaja. kalau boleh, Alhamdulillah. tapi jika takboleh, tanya diri kita sendiri apa sudah jadi pada diri kita. 

wahai sahabat, 

semua "pergerakan" dialam ini dikawal rapi oleh Allah, termasuklah juga dedaun kecil yang gugur didalam hutan yang tiada siapa pernah ambil peduli.

Jangan pernah berhenti mengharap dan berdoa kepada Allah untuk mendapatkan tempat yang terbaik disana nanti.


No comments:

Post a Comment