Thursday, 2 January 2014

JODOH?

*p/s: entry kali ini khas untuk orang bujang. orang yang telah berumah tangga tidak digalakkan membaca :p

memang jodoh tu ketentuan dari Allah dan kita pun tahu, segala Qada' dan Qadar yang wajib kita percaya itu memang dah tertulis didalam Lauh Mahfuz.

bukan nak tegur pada orang yang hanya bertawakal pada jodoh, tapi bukan ke kita kena usaha?

macam makan juga, kita menggunakan tangan untuk masukkan makanan kedalam mulut. tangan yang pergi kearah mulut tu suatu usaha. dan objektifnya, kehendak kita, adalah supaya makanan itu masuk kedalam mulut kita. jika makanan itu jatuh ke lantai, haaa itu baru lah ketentuan!

jadi begitu juga jodoh, cari lah, jangan malas. melainkan kalau kita blm bersedia, takperlu la cari ye tak? hehe :)

mmg Allah jadikan "bercinta" ini seronok. lumrah. tetapi sebagai hamba Allah yang taat dan takut akan kemurkaan-Nya, kita perlu mengamalkan "prevent is better than cure" atau dalam bahasa melayunya, menghindar lebih baik dari mengubati.

jadi kita tahu, bercinta akan melahirkan perasaan berkasih sayang. mempunyai perasaan itu pada asalnya taksalah, tetapi perasaan itu berpotensi membuat kita mendapat kemurkaan Allah. saya taknak la terangkan macamana kan. bukankah Nabi menyuruh kita menjaga lidah dan kemaluan?

eloklah kalau kita simpan perasaan cinta bilamana kita tahu yang kita takbersedia untuk berumahtangga. semoga kita mendapat pahala jihad untuknya.. bukan senang nak lawan hati dan nafsu ni.

"Belum pernah saya berurusan dengan sesuatu yang lebih sulit daripada jiwa saya sendiri, yang kadang-kadang membantu saya dan kadang-kadang menentang saya."

Imam Al Ghazali


tahniah untuk tiga orang abang saya yang bersanding serentak. :)

No comments:

Post a Comment