Wednesday 12 March 2014

DUDUK TEPI TINGKAP


Pagi ini aku duduk tepi tingkap. lihat alam, tumbuh-tumbuhan, langit dan awan beserta angin yang sepoi-sepoi.

Terfikir sejenak tentang jasad ini, yang diberi pinjam oleh 'Tuan' aku dimana tempoh pinjamannya hanya Dia sahaja yang tahu. aku takut jika Dia akan menuntut 'hak'nya didalam aku tidak bersedia.

Didalam merindui kehidupan hakiki yang tidak pasti dimana tempat tinggalku disana, terkadang sengaja aku membiarkan titik-titik hitam menghinggapi hati.

lemahnya aku...

ya Allah, aku sangat lemah.

Qalam malaikat atid sentiasa bergerak menghamburkan dakwatnya ke dalam buku catitan, dan itu merisaukan aku.

ya Allah, ilhamkan aku kebencian terhadap apa-apa perkara yang mengundang kemurkaan Engkau.
pimpinlah aku kejalan yang benar.

ya Allah, aku tahu kau 'mengirimkan' ujian dibahagian titiklemah aku dan aku tahu yang Kau tahu bahawa aku mampu menangkis ujian itu, atas sebab itu, aku memohon kekuatan diri.. ilhamkan lah semangat untuk aku dapat menghadapi hari mendatang dan terus perhambakan diri kepadaMu.

No comments:

Post a Comment