Wednesday 16 April 2014

BERSAHABAT KERANA ALLAH

*entri kali ini agak panjang, tapi takde la panjang mana. semoga ilmu yang saya sampaikan ini bermanfaat buat saya dan rakan-rakan sekalian.

bismillah,

aku : kenapa kau taknak kawan dengan dia
sahabat : taknak la, dia boring aa. haha
aku : hehe (hmmm..)

*hati ini terus membuat spekulasi, sahabat ini kawan-kawannya semua yang 'happening', yang 'giler-giler' dan yang paling penting, dia pandang rendah pada orang yang lemah, orang yang tiada kuasa, tiada pengaruh. pilih bulu! ya Allah, huznudzon... lemahnya iman sampai boleh terfikir mcm ini.

aku ini pun, entah berapa ramai entah yang dah bercerita tentang aku dibelakang aku. aku takkisah pun sebenarnya, pasal Allah yang sengaja menzahirkan keburukan aku kepada mereka-mereka ini, dengan tujuan nak uji mereka dan juga aku. inilah namanya sunnatullah. penzahiran personaliti kita pada tiap-tiap orang lain adalah berbeza, dan akan melahirkan persepsi dan spekulasi yang berbeza. itu semua urusan Allah. Allah nak lihat apa tindakan kita pada ujian yang diberi oleh-Nya.

kalau kita faham sunnatullah ini dan mentaddaburinya sedalam dalamnya, inshaa Allah, lahirlah sebuah hati yang suci, yang sentiasa meletakkan didalam fikirannya, "semua orang kawan aku, mereka semua baik. kalau aku ternampak keburukannya dan taknampak pun walau satu kebaikannya, itu Allah sedang uji aku. dia tetap kawan aku yang perlukan kasih sayang seorang sahabat".

kalau nak lagi kuat lagi, tambah ilmu tentang "kepentingan dan hak-hak bersaudara". belajar, belajar dan belajar. contohnya, seperti dalam hadith ini:

"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

kalau nak lagi best lagi. belajar ilmu tasawwuf, inshaa Allah, tawadu', inshaa Allah sentiasa Qana'ah, Inshaa Allah sentiasa huznudzon, inshaa Allah tidak riya'. kenali sifat riya'. 

contohnya, jika seseorang itu malu berbuat kebaikan sebab takut riya', sebenarnya dia sedang berlaku riya'.

Ukhwah fillah

Dalam hadith panjang daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bercerita tentang peristiwa yang akan berlaku di akhirat nanti. Baginda s.a.w. bersabda:

Maksudnya: "Setelah kaum Mukminin selamat dari Neraka, maka demi Zat yang jiwaku berada ditangan-Nya, setiap orang daripada mereka meminta kepada Allah dengan memaksa agar dikeluarkan rakan-rakan mereka dari Neraka. Mereka berkata: 'Ya Allah, mereka dahulu pernah berpuasa, solat dan menunaikan haji bersama kami.' Lalu dikatakan kepada mereka: ' Keluarkanlah orang yang kamu kenal dari Neraka itu'".

H.R. Imam Muslim: kitab al-Iman, no. 454.


*gambar tiada kaitan dengan tajuk entry. comel sangat. saje nak letak. :) sumber gambar dari pakcik google.

1 comment: