Wednesday 1 October 2014

SAYANG

umi telefon, beritahu tentang angah eksiden.

menitik air mata ini...

bukan menangis sebab kemalangan yang berlaku kepada angah, tetapi kesannya terhadap angah.
umi beritahu, angah hari-hari dengar zikir, setiap pagi mengaji, di facebook pun angah selalu post tentang keagamaan, nasihat, hadis.

terharu...

sayang angah..

Allah beri hidayah kepada hambanya dengan pelbagai cara, dan inilah caranya angah diberi hidayah.
Allah sayang angah, sebab tu Allah beri ujian ini pada angah, Allah nak ingatkan angah, Allah nak "tegur" angah.

angah, adik support angah... adik sentiasa doakan angah... angah jaga Allah, Allah jaga angah. ingat tu pesan adik. maafkan adik sebab tak selalu ada dirumah.

semoga kakak ku istiqomah dijalan ini.


No comments:

Post a Comment