Thursday 14 November 2013

CARA MENANGANI PENYAKIT HATI



kita tak boleh lari dari penyakit ini kerana ini sebahagian daripada fitrah yang Allah berikan pada kita. kita juga tahu adalah salah dari sudut islamiah itu sesiapa yang memiliki penyakit ini.

bagaimana hendak menghindari?

kenapa Allah berikan sifat fitrah yang takpatut ada dalam diri kita?

sebelum menjawab persoalan ini, biar saya berikan contoh-contoh penyakit hati yang saya maksudkan kepada pembaca supaya ada kesefahaman antara penulisan saya dan pemahaman pembaca dalam membaca dan memahami objektif entri ini.

- bila ada orang lagi bagus dari kita, mula timbul sifat negatif dalam diri kita terhadap si dia. "poyonye die ni lah hai", atau menzahirkan tanda-tanda yang menunjukkan kita meluat pada si dia disebabkan kebagusan dia dari kita dari pelbagai bidang.

- tak terima ditegur walaupun kita tahu kita salah, ini mungkin berpunca disebabkan umur kita lebih tinggi dari si penegur, pangkat kita lebih tinggi dari si penegur atau, pengaruh sosial kita lagi hebat dari si penegur. waktu ini, sifat rasional sudah ditolak tepi.

- tak perasan yang kita tidak menghormati orang lain sedangkan kita telah melangkau kehormatan orang itu. penyakit ini agak serius walaupun ia tidak nampak seperti line wifi, tapi ia mampu menghubungkan kita pada dunia. *contoh yang takda kaitan.. :/

Allah menjadikan penyakit ini supaya ia menjadi ujian bagi hambanya. ini basic je, suma tahu. tapi usaha untuk mengatasi ada tak? tepuk dada, tanya diri sakit tak kena tepuk. *buat lawak sikit* hmmm....

oleh itu Allah memberi GARIS PANDUAN kepada kita, supaya kita selamat dari terkena penyakit ini. entri ni panjang, tapi sebenarnye cara mengatasinye simple je.. tapi taksemua orang mampu mengatasinya, walau mereka tahu caranya..

BERLAPANG DADA
cuba bayangkan semua muka-muka orang yang kita benci, yang pernah menyakiti kita, yang pernah menjadi musuh kita, then cakap dengan diri kita.. "aku tiada musuh.." sambil senyum. ni bukan gile eh, ni name die terapi. atau, "aku maafkan kau.." cakap je mcmtu.. pastu set fikiran kita yang kita tak ada musuh atau sebagainya. *biasanya ayat "sebagainya" tu ayat nk lepas diri. hee

FIKIR POSITIF
benda ni dah banyak kali kita dengar atau baca di mana-mana, tapi biasanya kita ambil enteng dan takpernah cuba aplikasikannya dalam hidup kita. walaupun kita tahu seseorang tu berniat negatif sekalipun, kita kena fikir positif. ini salah satu penawar untuk hati. fikir positif ni yang paling power sekali. kalau kita dapat kuasai benda ni, inshaa Allah, hati kita bersih. cuba applykan "fikir positif" ini pada contoh-contoh penyakit hati yang saya berikan kat atas tu ^.

TIDAK BERSIFAT MENGHUKUM
biasa perkara ni berlaku kepada "righteous". mereka sangka mereka dah cukup bagus walaupun pada hakikatnya mereka memang bagus. akibat daripada itu, mereka mula memerhatikan gerak-geri orang lain dengan niat untuk mencari salah orang. segalanya mereka persalahkan. biasanya berlaku kepada orang yang baru ingin mendalami islam. contohnya, bila ada satu hadis di utarakan, orang seperti ini terus melontarkan soalan-soalan yang berbaur sinis seperti sapa yang riwayatkan hadis ini? siapa sanadnya? adakah ia sahih? gharib, hasan, da'if? atau ia maudu'????? ya, kita tahu, hadis maudu' itu hadis yang palsu yang patut kita jauhi, tetapi bagi para ulama, jenis-jenis hadis kecuali hadis maudu' masih boleh diterima lagi asalkan dinyatakan jenis hadis itu. ini kerana ia dapat memberikan pengajaran pada kita ataupun dapat menyuntik semangat kepada kita untuk lebih dekat kepada Allah s.w.t.

walau apapun, kita perlu tanamkan sifat menerima. kalau tengok orang tu lain sikit dari orang lain, pelik or apa-apa, jangan terus menghukum seolah-olah kuasa memberi dosa dan pahala tu datang dari kita.

*tak hafaz hadis untuk memberikan contoh hadis... hadis-hadis suma kat kampung. saya di campus T_T. sorry ye..

SABAR
tak semua orang ada sifat ni, tapi semua orang boleh memiliki sifat ni. benda simple je... alahai malas nk terangkan.. yg penting sabar la eh.

*memang kita perlu berdoa supaya hati kita bersih, dan seperti yang diketahui, selawat, zikir juga adalah salah satu amalan untuk membersihkan hati, tapi kita perlu mencari asbab supaya benda yang kita hendak tu berlaku. means, kena ada usaha. man jadda wajada, siapa yang berusaha dia pasti berjaya. 

yang paling penting, solat 5 waktu sehari tu jangan tinggal. Allah dah bagi hint dah pun dalam azan, sapa solat, dia berjaya.

 dan dari surah al baqarah ayat 153 yang bermaksud "wahai orang-orang beriman, mintalah pertolongan daripada Allah dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang yang sabar."

lihat, kreatifnya Allah sesuai dengan sifat-sifatnya, dalam ayat tu, Allah berfirman "wahai orang beriman". kenapa Allah perintahkan pada orang yang beriman(percaya/believer) saje? sebab kita pun tahu, orang yang TAK beriman, pasti solatnya...hmm.. fikir sendiri eh.. dan, kebanyakan mereka tidak mempunyai sifat sabar. jadi tak mungkin orang tak beriman akan patuh pada suruhan/ayat ini.

biasanya ayat suruhan, Allah akan statekan pada orang beriman (ya aiyuhallazi). kecuali benda yang wajib, baru Allah statekan pada semua manusia,("ya aiyuhannas). 

*ekceli saya buat entri ni sebab kesabaran saya teruji oleh rakan serumah saya. ceritanya begini, sedang saya membaca Al-quran, dengan kuat(dah biasa baca kuat) dirumah, tiba-tiba kawan saya yang berada disitu tepuk bahu saya beberapa kali dan beliau kata "boleh baca slow sikit tak??"  saya tahu saya salah dalam hal ni dan saya meminta maaf pada beliau dan mula baca semula denga bacaan yang perlahan dalam keadaan hati yang agak bengang.. jadi untuk melegakan hati saya, saya update entri ini dengan tujuan untuk mentarbiah diri saya dan sekaligus berkongsi ilmu.. :) anggaplah ilmu dari entri ni datang dari Allah, kerana memang ini yang selalu saya amalkan dalam hidup saya dan saya pasti ilmu ini adalah ilham dari Allah. semoga dapat kita amalkan bersama, inshaa Allah.

Ya Allah, janganlah kiranya Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan kenikmatan hidayah kepada kami.

akhir sekali, segala yang baik datang dari Allah, segala salah silap ayat saya didalam entri ini, datang dari diri saya yang da'if ini, tolong tegur saya..

Assalamualaikum...



No comments:

Post a Comment